About me

Tuesday, November 2, 2010

sentiasa gembira

maaf,lama tak post..now hidup aku kembali seperti biasa.single.hahaha,ha,aku dah mula berjinak2 mencuba mencetak corak2 di baju,kreatif?bolehla cikit2.masih baru belajar.nanti baju2 tu aku nak pakai kat tempat aku stdy.hehehe,sape2,yg ingin aku reka corak2 utk dorg,ckp je k,.tp ada byaran nye,jgn risau.available n affordable k.hehehe.jgn malu2.nanti aku uploadkan gambar2 rekaan aku itu,simple je nak buat,gunakan warna utk fabrik,dijamin takkan luntur.tapi yg susahnya nk melukis corak la.perlukan kreativiti,kesabaran n paling penting ketekunan.cube la ye..!

Tuesday, October 19, 2010

Cuba perhatikan

Kebnyakan org melayu,xsuka involve dlm bsnes.hal ini msti d'ubh kerana jika rmai mlayu mmsuki dunia pniagaan,ekonomi akn btmbh stbil.lihat zman ksultanan mlyu mlaka,tnah mlyu trknal dek kerna pmbgunan dr kepesatan ekonomi negeri itu sndri.bhsa melayu menjadi lingua franca yg d'gunakan pdgng2 dr timur dn brat.oleh itu,bngunlah bgsa kita.ats dsar kesedaran ini,sy akn brusaha menceburi bdg pniagaan.biar bermula dr bwh,aslkn kita kuat berusaha.sy akn brusaha menceburkn dri dlm bdg p'niagaan.insyaAllah

Friday, October 15, 2010

Ingin Mencuba

aku sekarang nak menceburi bidang business,so perlukan lah penasihat yang mampu membimbing aku.dan aku rasa kan ibubapa aku adalah penasihat yg terbaik kerna beliau berdua pernah memuka perniaagaan menjual makanan.walaupun hanya kecil2lan,namun dengan duit itu,duit perniagaan itu,mereka mampu membesarkan.jdi,aku berasa yakin untuk meminta nasihat dari mereka dalam memulakan suatu perniagaan ini.

Wednesday, October 13, 2010

PEMINAT BATIK

Saya ni memang peminat batik,boleh dikatakan seni2 halus la,contohnya batik,songket,tenunan dan pelbagai lagi.bukan apa,sy melihat,ramai anak2 muda kita sekarang ini,sudah smakin lupa dengan warisan tradisional nenek moyang kita.Berdasarkan survey yg sy lakukan bagi remaja dalam lingkungan 13-17thun,hampir 85% mengatakan cita-cita mereka untuk menjadi,doktor,jurutera,arkitek dan bidang2 yg membawa pulangan besar.sgat sedikit yg mahu membabitkan diri dlam bidang warisan nenekmoyang kita.oleh itu,sy ingin memartabatkan kembali warisan nenek moyang kita dengan berusaha menceburi bidang pencetakan baik,namun cetakan batik ini diberi nafas baru seiring dengan arus moden sekarang.sy lepasan spm yahun 2009 dan keputusan spm sy juga boleh dikatakan baik kerana mendapat 8a dan sy adalah pelajar aliran kejuruteraan.namun,minat terhadap seni halus warisan bangsa kita ini yang tlah mendorong sy untuk membuktikan,pelajar-pelajar dalam bidang critical course juga boleh membabitkn diri dalam warisan senihalus ini.yg penting,dimana ada kemahuan,disitu ada jalan.

BATIK

Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Rupabentuk Kain Batik Sarung
Contoh Motif Organik.
Motif Ayam
Motif
Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif
Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput

Motif Ayam

Contoh Motif Geometrik.
Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur


Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya

Motif Siput

Motif Pucuk Rebung
Corak

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli


Blok penerap batik
Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja


Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Proses menerap kain menggunakan blok corak
Batik Conteng


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Proses mencanting kain
Batik Skrin


Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

baru buat jer..

hai,assaalamualaikum,baru jer buat blog,sebelum apa,let me introduce my self